.jpg)
Pergerakan kita senentiasa diawasi sama ada oleh isteri, suami, anak-anak, saudara mara, rakan taulan, musuh, pihak lain atau pihak berkuasa. Pergerakan pula mula diawasi apabila berlaku sesuatu isu sama ada yang melibatkan perihal tingkah laku, tindakan negatif, masalah kewangan dan persepsi serong terhadap seseorang. Pengawasan biasanya bukan hanya dilakukan melalui intipan, risikan, penglihatan, pendengaran, soalselidik, tinjauan tetapi ia juga melalui maklumat pihak kedua.
Tujuannya bagi
menjustifikasikan pengawasan tersebut.
Kadang-kadang pengawasan itu
dilakukan untuk tujuan pencegahan supaya kebobrokan tidak terjadi kerana
sesuatu malapetaka itu berlaku secara spontan atau ia berlaku kerana
direncanakan supaya tidak dapat dikesan.
Perlakuan-perlakuan seseorang
individu kekadang dilakukan secara spontan sama ada melakukan perkara-perkara
yang baik atau buruk. Dan memang ada sesuatu perlakuan itu dilakukan melalui
perancangan teliti dan kadang kalanya sukar untuk dibezakan di antara kebenaran
tindakannya dengan kesalahan samar yang dilakukannya.
Walau bagaimanapun, kita
senentiasa dalam pengawasan.
Bagi mengawasi pergerakan
seseorang atau kumpulan ada beberapa teknologi telah dibangunkan untuk
tujuan-tujuan tertentu terutamanya untuk tujuan pengawasan. Teknologi itu
pula dibangunkan dengan kos perbelanjaan
yang besar. Antara medium yang digunakan untuk tujuan pengawasan tersebut,
adalah:
ABJAD
AIR LIUR
BAUAN
BUNYI
CCTV
CORETAN TANGAN
DNA
E-MEL
FACEBOOK
GELOMBONG
GETARAN
GPS
IMEJ
INTERNET
ISYARAT
JEJAK LANGKAH
JEJARI
KAD
KAD IMBASAN
KAMERA
KOD
KOMPUTER
LAMBANG
NADA SUARA
NOMBOR
PANCARAN
PELUH
PESAWAT
RAUT WAJAH
SATELIT
SENTUHAN
SUSUK TUBUH
TELEFON
Dan pelbagai nama lagi.
Awas! Pergerakan anda sentiasa
diawasi.

No comments:
Post a Comment