Kejayaan sesuatu perniagaan
bukanlah disebabkan oleh analisis yang mendalam tetapi dari suatu pemikiran
tertentu yang digarap secara kemas. Umpamanya pemikiran seorang ahli strategi,
pemahaman, misi, menyemarak pemikiran pada asasnya kreatif dan gerak hati,
bukannya rasional.
Memang kita tidak menafikan
analisis, malah kita tidak boleh bertindak tanpanya. Keperluannya adalah ketika
merangsang suatu proses kreatif, untuk menguji idea-idea sepontan, mengolah
strategi-strategi, menentukan kejayaan perlaksanaan idea-idea luar biasa,
mengolah potensi besar yang mungkin tidak pernah dilaksanakan dengan betul dan
meyakini bahawa segala usaha dan ikhtiar telah dipersiapkan.
Oleh itu, strategi-strategi yang cemerlang,
adalah seperti kerja-kerja seni, penemuan sains yang hebat, kemampuan teknikal
untuk mengendalikannya dan strategi yang melahirkan pemahaman yang melewati
tahap analisis yang disedari.
Dalam suatu organisasi kadang
kala ada penghalang penciptaan strategi besar dan inovatif. Contohnya
dalam kenaikan pangkat berdasarkan
kekananan atau orang kita; tiada jalan singkat bagi pekerja cemerlang.
Majoritinya mereka yang dianugerahkan jawatan pengurusan kanan telah melewati
had umur yang membolehkan mereka melahirkan idea strategi yang dinamik.
Kekuatannya telah lemah, keagresifannya telah luntur, cita-cita melangitnya
telah merosot dan biasanya potensi yang sedia ada diteruskan di samping
penambahan aktiviti lain. Pada kebiasaannya pegawai-pegawai muda yang agresif
dan kreatif tidak mempunyai saluran untuk menyumbang dengan cara yang bermakna
kepada strategi organisasi. Bakatnya
tersekat, kehebatannya terbantut dan barangkali potensinya akan terpendam.
Hasilnya: Kelembapan strategi atau kemungkinan besar organisasi tidak dapat bersaing di pasaran
terbuka.
Apa yang penting pengemblengan
tugasan dan keutamaan organisasi menjadi suatu kewajaran untuk kejayaannya,
maka perkara-perkara tersebut perlu diambil ingatan:
1. Ahli organisasi memberi aliran imaginasi dan bakat keusahawaan
membolehkan mereka menghasilkan idea-idea strategi yang besar dan inovatif.
2. Mereka yang mahir menganalisis dan menguji,
menghadam dan menentukan keutamaan idea-idea.
3. Ahli yang saling menyalur, membantu, menyokong dalam
melaksanakan strategi-strategi yang telah dipersetujui dan diluluskan.
.jpg)

No comments:
Post a Comment