Lukman al-Hakim berpesan kepada anaknya, katanya:
"Wahai anakku,
sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang
yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t.
saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya
dalam tiap-tiap satu."
"Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu
tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa
kepadanya tiga perkara iaitu:
Pertama: Tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya.
Kedua: Lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang).
Ketiga: Hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya).
Dan lebih celaka lagi daripada tiga
perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan
meringan-ringankannya."
.jpg)

No comments:
Post a Comment